Antara
perbuatan dan kata-kata telah tidak lagi dapat diselarikan kerana ego dan
sifat menunjuk-nunjuk dan kepura-puraan kini menebal dikalangan umat Islam di
negara kita ini. Kepura-puraan untuk menonjolkan diri sebagai orang alim
adalah paling utama bagi penyokong pembangkang ketika ini.
<P>Oleh
kerana baru beberapa kali mendengar ceramah-ceramah politik oleh insan yang
berserban ,berjanggut, berkopiah, dan bekain pelekat diatas pentas ,mereka
telah menganggap diri mereka sudah alim.Jika dahulu datok, nenek kita
bertahun-tahun mengaji pondok belum berani mengaku diri alim,Kini hanya
mendengar ceramah politik mereka menganaggap diri mereka alim.
<P>Adakala
dengan mendengar ceramah Mat Sabu yang mencarut , Mahfuz yang buta agama,Hj
Hadi, Fadhil Noor dengan amanat buatan sendiri dan Nik Aziz yang sering
lupa,mereka sudah merasakan diri mereka sudah menjadi seorang Islam yang
sempurna.Apakah pengisisan ceramah politik , mereka diri mereka lebeh Islam
dari orang-orang lain.
<P>Terpengaruh
dengan kawan-kawan yang mahu mendengarkan lawak dari penceramah di
pentas,Sedangkan nombor ekor pun belum sempat pencen,juga mengaku diri sebagai
Islam sempurna. Baru pandai beberapa patah ayat dari bahasa arab , “Ana dan
ente”, mereka sudah merasakan mereka sudah begitu alim.Ini tak boleh ,itu
tak boleh semuanya tak boleh.Adakala “konfuse”, laki atau perempuan , sama
saja depa balun.
<P>Pulang
dari ceramah politik berbekalkan dosa mendengar carut dan maki hamun ,terus
tak mahu cukur janggut,Maka berserabutlah janggut tidak berbela Sedangkan
solat kadang-kadang hanya tinggal Zohor sahaj dan yang lagi empat waktu
lupa nak buat.
<P>Kopiah
pun dah bertaik lalat ,itupun jumpa celah-celah poket kereta kerana isteri
selitkan. Bila nak pergi ceramah baru pakai (Itulah kadangkala kita lihat
mereka pakai kopiah yang berkomot)
<P>Sebaik
pulang sahaja dari ceramah , seminggu diulangi cerita yang sama, bila orang
cerita yang lain mereka cerita yang itu juga, sebab itu saja yang mereka tahu.
Mulalah cari laman-laman web. Apa saja penipuan dilaman web mereka percaya,
kemudian mulalah jadi burung kakak tua.
<P>Mengapakah
begitu hipokrate nya pengikut Pas ini?
<P>Kerajaan
Zalim kata mereka – Tetapi mereka menyara anak dan isteri dengan wang gaji
yang diperolehi dari kerajaan. Bila dapat bonus, sampai ketelinga senyuman
mereka,Sakan berhari raya.
<P>Putera
Jaya membazir- Ramai yang berlunjur kaki menyedut rokok selepas makan malam,
menyedut udara nyaman diruang rumah yang selesa di flat-flat kerajaan di
Putera Jaya. Kembang-kembang hidung bila sanak saudara memuji kindahan dan
kecantikan rumah yang dihuni.
<P>Kereta Nasional tidak baik dan membazir- Jalan-jalan raya menjadi sesak kerana kebanyakan kereta kancil dan proton wira berpelekat PAS terhegeh-hegeh dijalan raya tidak mengikut undang-undang kerana bagi mereka undang-undang berdosa untuk dipatuhi.
<P>Apa
yang kerajaan buat dikatakan salah, tetapi bila suruh buat ,gelabah, tak boleh
buat.Kata nagara bukan negara Islam
Bagi Kelantan dengan Terengganu tak juga jadi Islam.Bila di tanya apakah
Kelantan dan Terengganu ,negara Islam ,mulalah mereka pusing cerita,bukan
secepat itu nak buat negara Islam bal…bla…..Fadhil Noor sampai hari ini
terkejut “dog” bila Mahathir seregah suruh bentangkan draft negara
Islam.Bisu seketika,Lepas tuh tak juga mahu kalah,Janji nak bentangkan pada
bulan November 2001,sampai hari ini terus
jadi bisu.batang hidung juga tak nampak takut kena soal.
<P>Ciplak
draft undang-undang kerajaan, kata mereka yang buat.Bila ditelanjangi , sampai
hari ini berbogel, tak boleh beri jawapan.
<P>Mula-mula
sergah kerajaan, kata nak jihad di Afghan,nak hantar KMM kot , Harapan mereka
PM kata, “NO”. Siap lah mereka kutuk , Tapi dengan tidak merteka sangka PM
kata “YES”,mengelupur gila Nik Aziz pusing cerita.Nik Aziz jadi mangsa ,
sebab dia selalu lupa apa yang dia kata.
<P>Islam
tak suka umatnya riak dan takbur.Nak sembahyang,ambil sahaja air sembahyang
dan terus solat. Tak payah panggil akhbar ,beritahu nak solat dimana.
Sampaikan nak tunjuk dengan orang ,terpaksa solat tengah jalan.Kerana jika
dimasjid orang tak nampak. Solat untuk tunjuk dengan orang.Alim dimata manusia.
Nauzubillah.